FORUM KOMUNITI RESCOM

Forum Home | Login | Register | Rescom.My |


Lihat Aktiviti Terbaru | Lihat Berdasarkan Kategori

Home > Money, Mortgages, Insurance > Refinance Rumah
x

Reply Topik Ini

To reply to this discussion please Sign In or Register


Mohd Lokman johar
Contact
Group: Member
Posts: 9


Refinance Rumah

KELEBIHAN REFINANCE RUMAH ANDA

Sekiranya nilai rumah anda (ditentukan nilai pasaran atau melalui kiraan penilai profesional) melebihi baki pinjaman yang tinggal, anda boleh "cash out" perbezaan tersebut dengan interest refinance. Jadi "cash out" sebenarnya sejenis pinjaman peribadi di mana anda menggunakan rumah sebagai cagaran. Jumlah yang layak dipinjam adalah “nilai rumah” tolak “baki pinjaman yang belum berbayar”. Jumlah ini juga digelar sebagai ekuiti yang membawa maksud bahagian nilai rumah yang dimiliki tuan rumah selepas ditolak hutang.

Contoh: Katakan rumah anda dibeli 10 tahun yang lepas berharga RM250,000. Andaikan rumah anda sekarang bernilai RM350,000. dan baki pinjaman anda adalah RM200,000. Maka apabila anda refinance, anda ada opsyen untuk cash out RM350,000 tolak RM200,000 = RM150,000.

Opsyen cash out ini boleh dinikmati oleh semua pemilik rumah selagi terdapat perbezaan positif antara nilai rumah sekarang dan baki pinjaman.

Wang daripada "Cash Out" refinancing ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Biasanya, pemilik rumah menggunakan dana tersebut untuk:

-Pembaikan dan ubahsuai rumah (renovation)
Sekiranya ubahsuai rumah dilakukan dengan professional ianya mampu meningkatkan nilai rumah lebih daripada kos pengubahsuaian. Justeru, pemilik rumah bukan saja dapat mendapat kepuasan daripada pengubahsuaian tersebut malah ianya juga memberi manfaat ekonomi apabila tuan rumah menjual rumahnya kelak.

-Membiayai yuran kolej atau universiti
Ramai ibubapa tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke IPTA. Maka, mereka boleh menggunakan "cash out" refinancing untuk tujuan pembiayaan kos pendidikan anak-anak.

-Penstrukturan Semula Hutang
Sekiranya anda ada hutang kad kredit yang interestnya tinggi dan anda mempunyai masalah menjelaskan hutang tersebut, anda boleh mendapat “pinjaman” cash out refinancing untuk membayar hutang-hutang anda yang lain.

-Pembelian Rumah Baru
Ada sesetengah pemilik rumah menggunakan wang daripada cash out ini sebagai down payment pembelian rumah baru

OPSYEN Lain..
-Jimat Interest dan Duit
Oleh kerana amaun pinjaman yang terlibat besar dan tempoh pinjaman lama, penjimatan dua atau tiga peratus interest akan membawa kepada penjimatan wang yang banyak kepada peminjam. Sekiranya anda sekarang sedang membayar hutang pinjaman yang kadar faedahnya tinggi, maka anda perlu mempertimbang sama ada untuk refinance khasnya apabila kadar pinjaman perumahan rendah.

-Menurunkan Ansuran Bulanan
Sekiranya anda dapat membuat refinance dengan pinjaman kadar faedah yang rendah, anda boleh mengurangkan ansuran bulanan. Ataupun anda boleh memilih untuk mengekalkan jumlah ansuran pinjaman setiap bulan tetapi memendekkan tempoh pinjaman.

Hubungi PAKAR Pinjaman Perumahan ANDA..
(24 JAM/7 HARI SEMINGGU) 365 FAST Banking
Lokman Hakim Johar
Penolong Pengurus
Mobile Sales KL
CIMB Bank

Handphone : 017 286 0500
Pejabat : 03 9131 4527
Fax : 03 9131 4589
Blackberry Pin : 2348C5C3

Facebook : Lokman Hakim Johar (loque_car@yahoo.com)
E-Mail : mohdlokman.hakimjohar@cimb.com ATAU mohdlokman83@gmail.com

-Pinjamanperumahan.info




Mohd Lokman Hakim Johar Penolong Pengurus Mobile Sales KL CIMB Bank Handphone : 017 286 0500 Pejabat : 03 9131 4527 Fax : 03 9131 4589 Blackberry Pin : 2348C5C3 Facebook : Lokman Hakim Johar (loque_car@yahoo.com) E-Mail : mohdlokman.hakimjohar@cimb.com ATAU mohdlokman83@gmail.com