FORUM KOMUNITI RESCOM

Forum Home | Login | Register | Rescom.My |


Lihat Aktiviti Terbaru | Lihat Berdasarkan Kategori

Home > Sembang IT > Go Android!
x

Reply Topik Ini

To reply to this discussion please Sign In or Register


Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101


Go Android!

Jom sembang-sembang info terkini berkenaan android..



11-11-2011, 12:26 PM | #1272

Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101
Dengar-Dengar – HTC Ville, Dengan HTC Sense 4.0, Akan Datang!

Blog Android BGR mengumumkan mereka mendapat informasi mengenai telefon Android dari HTC yang bakal dikeluarkan lebih kurang pada bulan April tahun hadapan yang turut mengadaptasi penggunaan versi Android terbaru Ice Cream Sandwich 4.0 ( ICS ).Selain daripada itu ianya turut disertakan dengan versi Sense yang baru iaitu ‘HTS Sense 4.0′.Telefon ini menggunakan skrin besar bersaiz 4.3 inci qHD AMOLED dikuasakan dengan kuasa pemprosesan dua teras 1.5GHz daripada pemproses Qualcomm siri ke empat.

Sumber : BGR
11-11-2011, 11:11 PM | #1283

Muaz Muhamad
Contact
Group: Negotiator
Posts: 29
mana geng iOS ni? sonyap jo.. En Zul, suport sikit.. saya pandai guna je, dari segi techie saya kurang sikit.. :)
Selling your house? Call me 012-9169846 for FREE consultation. www.uzmaproperty.com
15-11-2011, 01:55 PM | #1307

Mohd Nafis Khan Ahmad Khan
Contact
Group: Negotiator
Posts: 5
lambatnye kluar..bulan 4 tahun dpan?perghh..
15-11-2011, 03:13 PM | #1308

Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101

Ice Cream Sandwich ( ICS ) Source Code Released!



Google telah mengeluarkan secara rasmi kod asas ICS Android mereka kepada umum hari ini.Kod ini yang diwar-warkan akan dikeluarkan pada umum pada 17 November ini akhirnya berjaya mengejutkan para pengeluar telefon Android dan pembangun ROM Android persendirian dengan kemunculan awalnya.

Kemunculan awal kod asas ICS ini boleh dikatakan sebagai tanda awal kemunculan Galaxy Nexus semakin hampir.Ianya juga sebagai berita baik berikutan pengeluar telefon-telefon Android gergasi seperti Samsung,HTC,Motorola dan lain-lain akan turut berlumba menyediakan kemaskini untuk telefon-telefon baru mereka serta telefon sedia ada selepas ini.
17-11-2011, 09:18 AM | #1310

Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101

Berita Sensasi – HTC Zeta, Telefon Android Empat Teras 2.5Ghz



Selepas kedengaran khabar angin yang HTC akan mengeluarkan telefon Android empat teras (Quad Core) pertamanya dengan nama HTC Edge, baru-baru ini terdapat ura-ura yang menyatakan HTC akan mengeluarkan telefon dengan pemprosesan empat teras lain yang diberi nama HTC Zeta ( nama kod, mungkin berubah ). Mengikut laporan daripada engadget , telefon berkenaan dikuasakan pemprosesan berkuasa sehingga 2.5Ghz dengan menggunakan pemproses daripada Nvidia Tegra 3 APQ8064.Nampaknya HTC beralih arah ke pemproses lain selepas beberapa model telefon mereka sebelum ini semuanya menggunakan cip daripada Qualcomm sebagai pemproses.


22-11-2011, 03:01 PM | #1323

Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101

Berita Sensasi – HTC Quattro, Tablet Dengan Tegra 3



Pada minggu lepas CEO HTC telah mengumumkan mereka sedang dalam proses mengeluarkan tablet dari HTC yang ketiga selepas HTC Flyer dan HTC Jetstream, dan baru-baru ini kedengaran desas desus spesifikasi tablet android dari HTC itu terdedah.



Sumber : PocketNow


22-11-2011, 03:05 PM | #1324

Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101

Video Komersial Dan Tatacara Galaxy Nexus Di Paparkan





Laman Youtube rasmi GoogleNexus telah memaparkan video komersial rasmi telefon itu di laman mereka.Galaxy nexus yang telah dibuka jualannya di UK dikatakan akan sampai ke Malaysia bulan hadapan.Selain memaparkan video komersial tersebut, laman Youtube khas bagi Galaxy Nexus itu turut memaparkan video-video tatacara dan informasi penggunaan telefon tersebut bagi rujukan para pengguna.Antara video yang di paparkan ialah cara penggunaan ‘faceunlock’, cara mengambil gambar secara panorama dan penggunaan teknologi ‘Android Beam’.



25-11-2011, 09:08 AM | #1330

Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101

Tambahan alatan baru untuk pembangun dalam

Ice Cream Sandwich


Ice Cream Sandwich (ICS) yang dilancarkan pada bulan Oktober lepas terus menjadi sebutan peminat Android seluruh dunia. Pelbagai fungsi dan kemudahan baru yang dimasukkan oleh Google ke dalam ICS, antara fungsi terbaru yang menarik ialah tambahan alatan (tools) untuk kemudahan para pembangun aplikasi Android.


Ice Cream Sandwich (ICS) yang dilancarkan pada bulan Oktober lepas terus menjadi sebutan peminat Android seluruh dunia. Pelbagai fungsi dan kemudahan baru yang dimasukkan oleh Google ke dalam ICS, antara fungsi terbaru yang menarik ialah tambahan alatan (tools) untuk kemudahan para pembangun aplikasi Android.



Nampaknya Android kini lebih mesra kepada para pembangun Aplikasi di luar sana.


[via Droid-Life]


29-11-2011, 11:27 AM | #1333

Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101

LG Umum Secara Rasmi Kemaskini ICS Android Mereka


LG melalui laman Facebook mereka iaitu ‘LG Mobile’ mengumumkan secara rasmi barisan Android dari mereka yang akan disokong dan dikemaskini ke versi Android terbaru mereka iaitu ‘Ice Cream Sandwich’.Antara telefon-telefon Android yang akan dikemaskini ialah :-


  • Optimus 2X

  • Optimus Black

  • Optimus 3D

  • Optimus LTE

Telefon-telefon yang mendapat kemaskini ini ialah telefon yang baru dilancarkan tahun ini dan merupakan telefon kategori ‘High End’ .Mereka juga dikatakan sedang membuat kajian dan akan berusaha untuk  menyenarai model yang lain yang akan turut dimasukkan kedalam senarai kemaskini itu di perancangan akan datang dan dikatakan ianya akan diumumkan pada akhir Disember di laman Facebook mereka.


29-11-2011, 12:06 PM | #1334

Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101

Google+ HangOut Di Galaxy Nexus




Aplikasi HangOut Google+ di google nexus dapat meyediakan anda untuk melakukan perbualan video sehingga sembilan orang! Menarik bukan?.Saksikan video komersil tentang aplikasi tersebut di atas.


05-12-2011, 11:18 AM | #1350

Muhammad Safuan Harun
Contact
Group: Moderator
Posts: 101

Samsung Galaxy Tab 7 Plus


Video ringkas menerangkan tablet terbaru Samsung Galaxy Tab 7 Plus. Saksikan.



Sumber:Malayandroid.com