FORUM KOMUNITI RESCOM

Forum Home | Login | Register | Rescom.My |


Lihat Aktiviti Terbaru | Lihat Berdasarkan Kategori

Home > Buying > Boleh kongsi sikit macam mana nak beli rumah second ni bagi first time buyer.
x

Reply Topik Ini

To reply to this discussion please Sign In or Register


zainudin razak
Contact
Group: Member
Posts: 2


Boleh kongsi sikit macam mana nak beli rumah second ni bagi first time buyer.

Saya sekarang tengah mencari/beli rumah...baru atau lama.
kalau baru senang sikit...
tapi rumah second macam mana step die nih...
saya baru first time nak beli rumah..
bole kongsi skit tak step die...



16-10-2011, 08:00 AM | #708

Mohammad Hassan
Contact
Group: Negotiator
Posts: 34
step x banyak beza dari rumah baru..cumer kiter dealing dengan owner lamer..

pastikan harga mengikut bank valuation sebab kebiasaannya bank bagi 90% loan..sediakan 10% deposit..kalau x mencukupi boleh tarik dari account 2 epf (mengikut persetujuan owner)..

check title samada strata dah keluar ke belum..dapatkan redemption statement dari banker owner lama (untuk check baper baki balance & untuk mengelakkan proses lelong).

.kalau boleh buat carian di pejabat tanah (untuk mengetahui dengan tepat status terkini property tue)..untuk semua step2 nie, dapatkan khidmat lawyer yang berpengalaman ataupun real estate negotiator untuk membantu anda..kalau semua step diikuti, proses akan berjalan lancar, masalah yang timbul akan ditangani dari awal.tq
20-10-2011, 07:22 AM | #797

Zulhisham Abu Nawar
Contact
Group: Negotiator
Posts: 26
banyak step utk membeli rumah dan jangkamasa pun agak lama dlm 4 bln - 6 bln dan ada yg setahun. Paling penting kena ready deposit 10% dan semak loan dgn bank. Bagi pastikan semua transaksi jual beli berlaku dgn selamat, pastikan anda mencari perunding hartanah yg berpengalaman. InsyAllah perunding hartanah akan membantu anda dari segi loan, lawyer dan consultation.
22-10-2011, 08:06 AM | #968

zainudin razak
Contact
Group: Member
Posts: 2
ok...sekiranya saya nak beli rumah harga RM220000. 10% booking=RM22000. Perunding/agen biasa letak 3% booking dan 7% lagi selepas tu. Sebagai pembeli, boleh tak saya nego ngan agen tu untuk bayar 1% je dulu harga booking tu dan 9% lagi kemudian.

soalan kedua...
10% = RM220000 adalah amount yang cukup besar bagi orang macam saya. boleh ke saya amik duit daripada akaun kedua kwsp untuk bayar deposit tersebut. kalau boleh maam mana cara dia...
24-10-2011, 07:25 AM | #977

Muaz Muhamad
Contact
Group: Negotiator
Posts: 29
1% booking, 9% S&P, bergantung kepada persetujuan dengan owner, insyaAllah xde masalah.

Nak keluarkan deposit daripada Akaun 2 KWSP boleh ni dokumen utama yang diperlukan:
1. S&P, antara pembeli dgn penjual ke atas rumah yang dibeli.
2. Geran rumah atas nama pembeli ATAU resit pembayaran proses penukaran nama daripada pejabat tanah ATAU consent daripada developer untuk buat "direct transfer" beserta surat pengakuan sumpah akan memberi salinan Geran dah siap kepada KWSP dalam tempoh 6 bulan.

Rujukan: Pengeluaran memebeli rumah

So basically, nak keluarkan KWSP kena sign S&P dulu, baru kita leh proses untuk tukar nama, kalau penjual rumah xde loan, kita boleh dapatkan geran terus dan proses, kalau tidak, kena tunggu lawyer dapatkan dokumen daripada bank dulu dan macam2 lagi. Sebelum nak sign S&P kena bayar 10% deposit dulu, sebab proses akan ambik masa, so x semua owner sudi menunggu..

inilah kelemahan beli rumah subsale, kena ada at least 13% cash upfront.. harap dapat membantu :)

Selling your house? Call me 012-9169846 for FREE consultation. www.uzmaproperty.com
25-10-2011, 10:06 AM | #1005

suhaimi noriza
Contact
Group: Member
Posts: 2
kla kita nak amik skim rumsh pertama ku 10% tu termasuk lah skim kan
shmnor
25-10-2011, 10:58 AM | #1009

Muaz Muhamad
Contact
Group: Negotiator
Posts: 29
En Suhaimi, kalau kita beli ngan developer yg masuk program tu macam prima, mmg x perlu bayar deposit 10%.. Tapi kalau beli subsale (second hand) susah sikit, sbb owner mesti nak pegang deposit, sebagai security.. :)
Selling your house? Call me 012-9169846 for FREE consultation. www.uzmaproperty.com
25-10-2011, 01:04 PM | #1011

suhaimi noriza
Contact
Group: Member
Posts: 2
ok time kasih en. Muaz.
ada pertanyaan lain. deposit 10% tu kena pakai duit lain dulu lah sebelum dapat keluar duit kwsp
shmnor
28-10-2011, 04:16 PM | #1078

iwan shah
Contact
Group: Member
Posts: 9
assalam semua... iwan nie baru cadang² nk beli rumah... tapi xtahu cam ner... boleh terangkan kt saya... yg saya nk tahu... umah pada harga berapa yg boleh saya beli.. adakah kena bawak payslip pegi bank suruh bank nilai dulu... runsing² sgt nie... saya ada gk tgk dlm senarai rumah kat sini... http://www.rescom.my/listing-sri-suria-apartment-6251.html lepas x kalu saya nk bayar bulan.. lagi satu.. sbb saya kalu wat pun saya n my wife ingat nk kongsi loan...
29-10-2011, 03:21 PM | #1087

wan aini
Contact
Group: Member
Posts: 3
salam..jika kita igin membeli rumah second menggunakan loan goverment bagaimana caranya pula..
wan_aini..
29-10-2011, 05:16 PM | #1088

Mohd Burhanuddin Othman
Contact
Group: Moderator
Posts: 350
wan aini, cuba buka topik baru.
www.hartanah2u.com | The winning army realizes the conditions for victory first, then fights. The losing army fights first, then seeks victory. Art of War
30-10-2011, 08:41 AM | #1090

wan aini
Contact
Group: Member
Posts: 3
oo..ok..tq
wan_aini..
30-10-2011, 12:26 PM | #1095

Muhammad Syakir Zaini
Contact
Group: Negotiator
Posts: 3
Kpd bakal2 pembeli rmh. Terutamanya second/subsale. Paling penting perlu pastikan cash mencukupi utk perkara2 spt booking, deposit, legal (snp/bank), stamp duty, dll. Biasanya ramai pembeli2 terlepas pandang budget2 tersebut. Mnyebabkn akhirnya timbul masalah2 yg z diingini. Jd, penting sebenarnya utk merujuk perunding hartanah ketika mahu mmbeli ataupun menjual hartanah...
09-11-2011, 07:43 AM | #1248

badai keramat
Contact
Group: Member
Posts: 1
Salam. En Muaz, 13% tu datangnya dari mana? 10% booking, 3% pula? minta jelaskan.

En Syakir, minta detailkan kos2 yang disebutkan tu.
- booking (byr pd agent?) : biasanya 3%?
- deposit (byr pd agent jg?) : campur booking = jumlahnya 10%?
- legal (snp/bank)(byr pd bank?): ada kadar tertentu?
- stamp duty (byr pd siapa?): 1-3%?

selain kos2 di atas, berapa perlu disediakan untuk 1) legal 2) ejen?

Terima kasih untuk penjelasan..
11-11-2011, 07:53 AM | #1255

Muaz Muhamad
Contact
Group: Negotiator
Posts: 29
en badai keramat,

saya cuba secara ringkas ye:
1. 3% dibayar kepada syarikat ejen sebagai booking (tanda setuju)
2. 7% dibayar kepada owner/lawyer semasa sign S&P
## note: no.1 + no.2 = 10% ini dipanggil deposit
3. Balance 90% dibayar dalam tempoh 90 hari dari tarikh S&P atau consent (biasanya loan)
4. Kos2 lain:
4a. Legal fees S&P (buyer vs owner) lebih kurang 3%
4b. Legal fees Loan (buyer vs bank) lebih kurang 3% jugak, selalunya bank serap masuk dalam loan.

jadi cash in hand yg perlu disediakan adalah no1,no2 & no4a sahaja.. lebih kurang, 13%.

Note: Secara normal amalan di Malaysia, ejen akan dibayar komisyen oleh owner, jadi x perlu bayar apa2 kepada ejen tu.. unless tuan mintak ejen tu carikkan rumah utk you sampai jumpa dan dia x ambik komisyen dari owner..

Kalau nak detail lagi, kena sembang sambil TT, :) maaf terlambat, harap dapat membantu
Selling your house? Call me 012-9169846 for FREE consultation. www.uzmaproperty.com
11-11-2011, 05:49 PM | #1278

Mohd Nazrin Ab Halim
Contact
Group: Member
Posts: 8
boleh tau, cash tu termasuk duit dalam epf ke dalam akaun lain yg lebih mudah dikeluarkan shj...
11-11-2011, 08:33 PM | #1279

Muaz Muhamad
Contact
Group: Negotiator
Posts: 29
En Mohd,

Utk pengetahuan, tuan duit EPF cuma boleh dikeluarkan at least selepas sign S&P, kalau case leasehold pula, kena tunggu lagi 2-3 bulan untuk consent. & utk signed S&P kita perlu sediakan cash 13% tadi..

saya x bermaksud totally x boleh proceed tanpa cash tersebut, masih boleh diusahakan, tetapi bergantung kepada budi bicara pihak2 terlibat ie Penjual & lawyer.

cuma, kalau ada 13% semua urusan jadi deras.. tiada pening2 kepala dan kemurungan :)


Selling your house? Call me 012-9169846 for FREE consultation. www.uzmaproperty.com
08-02-2012, 02:47 PM | #1450

Abid Idkhan
Contact
Group: Member
Posts: 1
salam

macam mana cara selamat nak bagi duit booking kat direct owner n nak pastikan owner akan return balik duit tu kalau loan gagal
08-02-2012, 04:03 PM | #1451

Yanie Muaz
Contact
Group: Negotiator
Posts: 39
salam en abid..

kalau dah sampai kat owner tu, biasenye dah diluar kuasa kita.. kalau nasib baik jumpe owner yang ok, kalau tak, memang susah nak dapat balik, contojh owner yang jual rumah untuk bayar hutang.. deposit dah bayar hutang. mintak macam maner pun kalau dia kate "saya memang takde duit, kalau ader nanti saya bayar" tapi bile kita tak tau...

so sebaik-baiknye melalui agent/perunding yang berdaftar< sebab deposit tu akan masuk ke dalam akaun company. senang je nak keluarkan jika perlu dipulangkan, tapi jangan bayar kat agent berdaftar tapi masuk akaun dia.. hehehe itu pun tak selamat jugak.. kami di rescom segala booking akan masuk ke akaun maybank atas name RESCOM REALTY(client account).
Selling your house? Call me 012-2698065 for FREE consultation. www.uzmaproperty.com
01-04-2012, 03:18 PM | #1520

sharifah ali
Contact
Group: Member
Posts: 3
salam...sya nk minta sdikit penerangan tntg kemusykilan yg sy hadapi..cmni..suami wt loan company utk bli umh..bila dh stuju nk bli umh ni owner lma offer bg knci umh utk ktaorg reno sbb ingatkn sng proses n nk pindah scepat yg mgkin.bila dh berabih wit utk reno umh bru la lwyer 2kta utk submiy kwsp kna tgu dlm 10-12bln sbb umh 2 leasehold kna dpt consent lu..aduii time 2 tuhan je yg tahu hti ni.trs trg mmg ktaorg x amik tau pn hal frehold n leasehold ni.bila dh cmni bru telopong mlut..jd ada x otai2 yg blh tlog explain step rumah yg leasehold ni shinga dpt kuar akaun 2(kwsp) plezzz
12-04-2012, 03:58 PM | #1527

Mohd Faiz Ellias
Contact
Group: Negotiator
Posts: 7
Pn Sharifah..
Biasanya bg rmah leasehold:
1)Slps sgn snp ada tempoh 1-2 BULAN untuk apply consent. Consent ni melibatkan pejabat tanah. mungkin ia boleh mengambil masa lebih lama.
2)Selepas dapat consent, barulah bermula proses tukar milik, baki 90% dibayar pd owner dll. Proses ini biasanya 3+1 BULAN.

Jadi, jika kes rmah puan tiada sebarang masalah di bhgn consent mahupun proses pindah milik..lebih kurang 6 BULAN dah boleh selesai. TETAPI jika kes rmah ini bermasalah s/ada sms apply cnsent, pemaju bermasalah dll kes.. ia akan jadi lebih lama. 10-12 BULAN pun boleh jadi.

Untuk keluar KWSP, setahu sy Pn perlukan SnP dan Consent. Jadi, selepas dapat consent br boleh keluar KWSP.
Boleh refer pd lawyer s/ada consent dh dapat ke belum.
Harap dapat membantu, TQ.
27-04-2012, 01:31 AM | #1537

sharifah ali
Contact
Group: Member
Posts: 3
tq coz sudi bri info...tp sy ni ada lg yg mrunsingkn..td dh g sain kt pguam..so dia kta psni penjual yg akn sign lak..utk mkluman geran skrg msih lg nma pmaju..bila tye kt pguam 2 psl kwsp dia kta kna tgu geran dh tukar dr pmaju ke penjual,dri pnjual kpda nma suami bru leh kuar kwsp.telopong g...!amik kptusan g kwsp tnye dia kta wlaupn nma x tukar g blh apply tp bila dia terangkn dokumen2 yg plu ada slh stunya BUKTI BYRN DPOSIT tdk krg 20%.yg jd msalah nye pnjual 2 dpt 10% je..yg x phm nye knp dia kta kitaorg li tunai sdgkn wt loan dgn mjikan 2 bkn dikira pinjaman jg ke?lg 1 knp kwsp kta lain,pguam kta lain..sbnrnye yg mne 1?tolong sape2 yg ada info tntg mslh ni..
27-04-2012, 02:33 PM | #1538

iwan shah
Contact
Group: Member
Posts: 9
betul kata² EN. Mohd Faiz Ellias nie...
kalu rumah yg melibat kan leasehold nie mmg banyak masalah...
masalah nya dtg pada tukar nama... pejabat tanah.. perkara² berkaitan rumah... mcm saya nie... saya start deal ngan tuan rumah dr bulan 12/2011 sampai la nie 27.04.2012... rumah yg di impi²kan tu masih dlm proses tukar nama.. pejabat tanah lagi... tinggal nie aje la maslah nyaaaa... apa yg saya xwat g.. loan bank pun dh lulus... sign S&P pun sudah... cuma tunggu settle semua baru bleh summit borang kat EPF... sbb EPF nk kan rumah tu dh tukar nama kt baru leh apply keluarkan duit kt tu... kkdang geram gak ngan KWSP nie... dh la pegang duit orng pastu wat cam duit diorng sendiri plak...
27-04-2012, 03:22 PM | #1539

sharifah ali
Contact
Group: Member
Posts: 3
btol 2 iwan..dlm kes sy ni lg lah gram ada kcewa ada sng kta bcmpur2 rsanye..dlu msa lom sign tnya kt pguam kta leh kuar acc2 ps sign,2 yg berabih simpanan mt reno umh ni kbetulan pnjual bg kunci dia pn igt proses jual umh ni sng..bila nk msuk umh dh rupa mcm bru ps kna pch msuk,lmpu x de pnyi teloponh sna sni..2 yg bikin berabih igt leh cover dgn acc2 2 nti,tp akhirnye?kering kontang poket ni..huhuhu.kwsp ni pe yg susah sgt dh mmg btol kita nk bli umh 2 wt pe nk buang msa g tgu urusan kt pej tnh setel bru nk bg kuar duit 2..myusahkan je..klu btl x tdesak nk guna duit 2 x dela nk angin2 cmni...huhuhu