FORUM KOMUNITI RESCOM

Forum Home | Login | Register | Rescom.My |


Lihat Aktiviti Terbaru | Lihat Berdasarkan Kategori

Home > Buying > 10 Kesilapan Biasa Pembeli
x

Reply Topik Ini

To reply to this discussion please Sign In or Register


Mohd Burhanuddin Othman
Contact
Group: Moderator
Posts: 350


10 Kesilapan Biasa Pembeli

Saya akan mulakan topik ini dan maybe akan ada negotiator lain yang akan menyumbang buah pikiran. Sepanjang pengalaman saya menguruskan jual beli hartanah, terdapat beberapa kesilapan biasa yang dilakukan oleh pelanggan. Hari ni saya bagi satu sahaja.

#1: Membayar Deposit kepada Broker Haram atau orang perseorangan.

pembeli yang ghairah ingin memiliki rumah biasanya tersilap membayar kepada orang perseorangan atau broker haram yang tidak mempunyai lesen perejenan hartanah.

Sekiranya anda membaca artikel pelaburan hartanah yang ditulis oleh pelabur profesional, mereka menggalakkan untuk membayar sebarang wang deposit kepada Ejen Hartanah yang mana Ejen Hartanah mempunyai Kebenaran Undang-undang untuk mengutip Security Deposit bagi pihak penjual.

Sekiranya berlaku silap faham atau masalah dalam urusan jual beli, Ejen Hartanah akan bertindak mengikut prosedur khusus untuk memulangkan deposit pembeli sekiranya kesilapan dilakukan dipihak penjual. Berbanding jika wang itu dipegang oleh orang perseorangan, deposit yang anda bayar tidak dijamin dapat dikembalikan sekiranya timbul masalah..

#2 akan menyusul.. Sebarang soalan tanyakan disini.



www.hartanah2u.com | The winning army realizes the conditions for victory first, then fights. The losing army fights first, then seeks victory. Art of War
05-11-2011, 12:57 AM | #1215

Mohd Nasrul Hanis Manzahari
Contact
Group: Negotiator
Posts: 13
salam..

bagaimana kalau seorang pembeli sudah membayar kepada mereka yang tiada kebenaran perejenan ni.. kemudian tersedar dan ingin menuntut kembali deposit tersebut untuk mengelakkan masalah. apakah langkah terbaik bagi pembeli tersebut?
18-12-2011, 09:08 PM | #1373

rosa mark
Contact
Group: Member
Posts: 2
Topik best ni.

Macamana kita nak tau seseorang itu agen berlesen atau tidak sebab selalunya jumpa agen masa view rumah.


18-12-2011, 11:14 PM | #1374

Mohd Nasrul Hanis Manzahari
Contact
Group: Negotiator
Posts: 13
Tanya je agen tersebut - "cik dari syarikat mana ya?"

Selalunya agen yang berdaftar dengan agensi hartanah akan ada kad bisnes dan dalam kad bisnes tu ada logo E atau VE bermaksud ada lesen sebagai real estate agency.

Biasakan bertanya soalan tersebut =)